Langkau ke kandungan utama

Marco Polo ... Hari Kedua Shooting di Johor

Marco Polo Netflix

Ok gais. Sambungan cerita dari hari pertama. Dalam cerita Marco Polo terbitan Netflix di Pinewood Iskandar Malaysia Studio ni ada pelbagai watak pelakon tambahan yang wujud. Askar je ada beberapa group dari Askar China, Askar Mongolia, Pengawal Istana Kublai, Pegawai Pengiring dan pelbagai lagi. Itu tak masuk watak2 pembesar istana, gundik2, pelacur2 sosial, pekerja stable kuda dan pelbagai watak orang2 kampung dan gelendangan.

 Hafizah Ibrahim Marco Polo NetflixMarco Polo Netflix


Semalam Che Mud dan kawan Che Mud, bro Arshata Ali membawa watak sebagai Guard Mongolia. Che Mud kena berlakon kat atas tembok, berdiri panas2 kat atas yg ada hanyalah bayang2 tembok tu je untuk berteduh bila Director kata CUT!!!. Panas berdenting. Yang orang kampung pulak, bila 'Cut' je terus lari masuk dlm rumah2 kampung berteduh. Gaji sama je.

So nak jadi cerita, hari ni Che Mud pun request dgn casting coordinator untuk jadi orang kampung. Kali ni Che Mud nak cari area, kt mana camera akan lalu. Untung2 dapatlah keluar TV.

"YES" akhirnya berjaya juga dengan watak orang kampung Che Mud dapat masuk dalam TV. Walaupun sebahagian sahaja.

Marco Polo Netflix

Walaupun muka Che Mud tidak kelihatan tapi perut Che Mud kelihatan sangat jelas di belakang pelakon utama filem ni. Alhamdulillah....

Nak tengok Season 1 Episod 1 kat sini
Nak minta Che Mud review produk boleh PM kat sini

Kalau kawan2 ada kenangan shooting dalam Marco Polo boleh la join kat sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Lagi ke DRAMA RADIO?

Kawan2 Che Mud pernah dengar drama radio x? Biasanya kita dengar suara shj kan? Tapi hari ini Che Mud terjumpa drama radio yg bukan setakat dengar suara tapi siap boleh tengok pelakon2nya sekali. Sempena Covid19 ni  Che Mud  share karya sasterawan negara Singapura En  Nadiputra Almahdi . Selamat menonton. Jangan lupa subscribe channel YouTube nya supaya x terlepas apa2 drama baru yg diupload nanti. Che Mud dulu masa kecik2 suka dengar drama radio NO 5 PERSIARAN SATU. Drama ni diterbitkan pada tahun 1974. Tapi Che Mud start dengar masa umur 8~10 tahun je. Syok ooo drama ni. Tiap hari cuba nk dengar kalau ada kesempatan sebab masa tu siaran TV pun start sebelah petang. Intro drama yg masih ingat hingga kini ialah S: "Boleh saya tahu di mana rumah No 5 Persiaran 1?" J: "Oh rumah besar dua tingkat tu! Disebelah kanan masjid, di depannya mini supermarket." #JUMPALAGI kawan2

Marco Polo...Apa dia?...Marco Polo

Masa Johor tengah gempak di atas pembukaan Pinewood Iskandar Malaysia Studio dan ketika berdasas-desus berita mengatakan sebuah produksi besar dengan tajuk MARCO POLO akan mula membuat penggambaran. So Che Mud pn roger kawan sebasikal Arshata Ali utk join pergi casting. So selepas pemilihan dan audition (takde pn suruh berlakon2), maka kami diberikan watak yg mencabar sebagai askar Mongolia mungkin sbb rupa bugis dan boyan ni ada susur galur dari Mongolia kot. Masa hari penggambaran pkl 5.30am dh terpacak kt studio. Pukul 10.30am dh siap pakai baju panas ni. Azab sungguh. Pukul 3.30pm baru masuk set. Ya Allah punyalah berdenting. Pkl 4.30pm baru kamera roll. Cuba cari kami kt gambar no 4 tu.... Nak tengok trailer klik sini Nak follow fb Che Mud TV klik sini Nak minta Che Mud review produk boleh PM kat sini Kalau ada kenangan yang serupa dengan Che Mud boleh kongsikan di bawah.