Kawan2 Che Mud pernah dengar drama radio x? Biasanya kita dengar suara shj kan? Tapi hari ini Che Mud terjumpa drama radio yg bukan setakat dengar suara tapi siap boleh tengok pelakon2nya sekali. Sempena Covid19 ni Che Mud share karya sasterawan negara Singapura En Nadiputra Almahdi . Selamat menonton. Jangan lupa subscribe channel YouTube nya supaya x terlepas apa2 drama baru yg diupload nanti. Che Mud dulu masa kecik2 suka dengar drama radio NO 5 PERSIARAN SATU. Drama ni diterbitkan pada tahun 1974. Tapi Che Mud start dengar masa umur 8~10 tahun je. Syok ooo drama ni. Tiap hari cuba nk dengar kalau ada kesempatan sebab masa tu siaran TV pun start sebelah petang. Intro drama yg masih ingat hingga kini ialah S: "Boleh saya tahu di mana rumah No 5 Persiaran 1?" J: "Oh rumah besar dua tingkat tu! Disebelah kanan masjid, di depannya mini supermarket." #JUMPALAGI kawan2
Himpunan cerita-cerita Che Mud sepanjang kerjaya dan kutipan-kutipan cerita persekitaran untuk dikongsikan. Watching the same sky doesn't mean we have the same view.